
Anonymous
5 tahun
Kitaran haid yang lama
Saya berumur 28 thun dan sdh berkahwin. Sy sgt risau dgn haid sy… Sy dtg haid slma 3 hari hri ke 4 drh sy seakan hendak hbs dan sy brsma suami. Hari ke 6 drah keluar semula bwrna merah gelap. Dan skrg hari ke 8 darh msh kluar dan beketul2 kecil… Apakah sbb sy msh dalam haid skrg ka doctor. . 3 bulan lps sy dh buat pap smear Normal. Dan sy mng ada ambil ubat cegah hamil sebelum tu. Sy juga PCOS… Sy amat risau dgn keadaan ni kerana ni pertma kali sy mgalami haid melebihi smnggu… . adakah sy masih dalam Haid???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.