
Anonymous
6 tahun
Kitaran haid yang panjang
Saya wanita berusia 25 tahun dah telah berkahwin selama setahun. Kitaran haid sy dalam lingkungan 40-55 hari. Tetapi sekarang kali terakhir sy datang haid ialah pada 19 Feb 2019. Mengikut pengiraan period apps sy, kitaran bulan ini mencecah 81 hari dan masih tidak haid. Saya mengambul acid folic jenama Appenton selepas haid yang lepas setiap hari. Sy telah membuat ujian kehamilan dan keputusannya negative. Apakah komen dan nasihat doctor mengenai masalah saya ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda haid lewat boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.