
Sulit
5 tahun
Kitaran haid yang sedikit tapi panjang
Saya wanita dalam lingkungan 30an,mengalami kitaran haid yang sedikit tetapi panjang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan bagi menjawab soalan anda seperti jumlah darh haid yang keluar, berapa hari ia berlarutan dan adakah ia pernah terjadi sebelum ini. Antara punca haid berpanjangan adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya mempunyai faktor risiko
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.