
Sulit
3 tahun
Kitaran haid yang tidak teratur yang menyebabkan saya tidak boleh fokus dalam exam saya
SELAMAT SEJAHTERA
SAYA BARU UMUR 16
KITARAN HAID SAYA TIDAK TERATUR… SOMETIME ADA SOMETIME TAKDE SOMETIME HAID TU BANYAK KELUAR SOMETIME LANGSUNG TAKDE
DAH BEBERAPA BULAN SAYA STRUGGLE DENGAN MASALAH NI
SAYA ADA SEARCH DALAM BANYAK WEBSITE DAN JAWAPAN YANG SAYA DAPAT ADALAH OBESITI
BETULKAH DISEBABKAN OBESITI SAYA BOLEH MENGHADAPI MASALAH SEPERTI INIKAH
SAYA BERASA STERSS DAN TAK BOLEH FOKUS DALAM EXAM SAYA
DISEBABKAN MASALAH KITARAN HAID YANG TERATUR NI SAYA AKAN MENINGGAL DUNIA KE ?
SAYA HARAP SAYA AKAN DAPAT JAWAPAN YANG BETUL

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (kemungkinan kesan sampingan suntikan perancang yang andq ambil)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan