Sulit
4 tahun
Kitaran Haid yg tidak teratur
Saya wanita dalam 20an. Bujang. Kitaran Haid saya tak teratur. Sekarang I amalkan keto-diet jugak. Adakah keto-diet punca bagi masalah saya? Blhkan I ambik sunolut utk cepatkan kitaran Haid I?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid yang tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak terature boleh terjadi apabila berlaku pencelaruan hormon dalam badan. Punca-punca gangguan hormon adalah :
- Gangguan tekanan
- Berat badan yang berlebihan or berkurangan
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga
- Melakukan aktiviti fizikal yang lasak
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
Anda memaklumkan bahawa anda mengamalkan keto-diet. Ini juga boleh menyebabkan masalah haid tetapi kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut. Mengenai penggunaan sonulut, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui jika ia sesuai digunakan. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























