
Sulit
5 tahun
Kitaran period tidak normal
Saya wanita berumur 21 tahun. Period saya tak keluar sejak umur saya 18 tahun. Saya dah jumpa doktor pakar dan dia kata saya tak datang period sebab berat saya naik mendadak dan hormon tak stabil. Doktor pakar tu ada bagi ubat period tapi masih tak jalan, saya ada check rahim juga, doktor kata normal. Jadi apa perlu saya buat utk period saya kembali normal? Adakah dengan mengawal pemakanan dapat membantu kitaran period saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai boleh diberikan dan kaunseling tentang perancangan anda untuk hamil dapat diberi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.