Sulit
2 tahun
Kolestrol tinggi yang dihidapi oleh nenek saya
saya cucu kepada nenek saya yang menghidap kolestrol , harini appointment nenek saya untuk berjumpa dengan doc . setibanya disana doc memberitahu bahawa kolestrol nenek saya amat tinggi. nenek saya ada diberi ubat kolestrol tetapi jika ada pengambilan ubat bolehkah nenek saya minum susu nestle omega plus kerana pada label tersebut ada dinyatakan perlu merujuk doktor dahulu untuk pengambilan produk tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami nenek anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan sedang mengambil untuk menurunkannya. Anda ingin mengetahui jika nenek anda boleh mengambil susu nestle omega plus. Kami akan cuba membantu anda.
Produk ini dikatakan boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Kami tidak dapat memberikan kepastian jika produk ini sesuai untuk nenek anda tanpa melihat pada sejarah perubatan nenek anda terlebih dahulu. Anda harus merujuk kepada doktor sebelum memberikan supplemen ini kepada nenek anda untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh berpunca daripada pengambilan supplemen.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor kami untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.