Sulit
3 tahun
Kolestrol, urid acid & penapisan buah pinggang
saya ada buat test darah, result darah keluar mengatakan saya ada 3 masalah,
masalah pertama : kolestrol 5.2…
masalah kedua : urid asid 0.55
masalah ke tiga: doktor maklum penapisan buah pinggang saya dalam stage 2…ada masalah sedikit di buah pinggang.
apakah makanan yang sesuai untuk mengurangkan masalah di atas? Sedangkan saya ada buat senaman setiap hari dalam 30 minit dan makan telur putih 2 biji untuk pagi, tengahri makan nasi putih ayam rebus dan ulam dan petang makan epal hijau 2 biji
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kemusykilan anda .
Untuk makluman pihak anda, saya tidak boleh mengulas keputusan ujian darah anda tanpa melihatnya sendiri. Adalah menjadi kesalahan untuk memberi diagnosis tanpa melihat dan mendengar keluhan anda secara menyeluruh.
Berkenaan pemakanan anda, anda dinasihatkan memakan pemakanan seimbang dengan melebihkan kuantiti buah buahan dan sayur sayuran
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan lagi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.