shira.1994
5 tahun
Komplikasi selepas pep smear
saya seorng wanita berumur 26 tahun. sy baru lepas melakukan pep smear kerana menghidapi keputihan yang abnormal. selepas melakukan pep smear saya mendapat terdpt luka dan sedikit pendarah di pembukaan vaginal saya. adakah ianya normal selepas melakukan pep smear?.adakah luka tersebut boleh sembuh sendiri atau saya perlu pergi ke klinik kesihtan terdekat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, spotting normal setelah ujian pep smear. Luka tersebut kebiasaannya akan sembuh sendiri. Anda perlu menjaga kebersihan pada bahagian tersebut. Namun, jika anda mendapati bahagian luka tersebut bernanah, anda mengalami demam, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































