
Sulit
3 tahun
Kontak Casual boleh pergi vaksin atau x?
hi doktor … my sejahtera Husband tiba² naik " kontak kasual/ tidak bergejala" and jumaat ni kami amik vaksin dos kedua… so sy nk tahu boleh atau tak husband sy pergi ke tempat amik vaksin atau kena tunda ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, suami anda digalakkan mengambil ujian covid dahulu dan menghubungi jabatan berkaitan, CPRC di 0388810200/+60178429454 atau pusat vaksinasi anda hadiri tersebut. Terangkan masalah suami anda ini dan mereka akan memberitahu anda arahan terkini untuk diikuti serta kemas kini tarikh vaksinasi suami anda.
Sekiranya suami anda dibenarkan untuk terima suntikan vaksin mengikuti tarikh asal dia, sila mengikut SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini