Sulit
4 tahun
Kontak rapat pesakit kovid 19 yang disahkan positif semasa melakukan perjalanan bersama
Saya lelaki berusia 25 thn,
Saya telah mendapat panggilan dari kkm berkenaan status perjalanan saya ketika menaiki penerbangan 14 hari lalu yang menyatakan seorang daripada penumpang pesawat tersebut disahkan positif kovid 19.
Buat pengetahuan pesakit itu disahkan positif selepas beliau menjalani kuarantin selama 10 hari selepas menaiki pesawat tersebut dan ujian saringan kedua didapati positif.
Selama 14 hari ini saya ada mengalami gejala sakit kepala biasa selama 2 hari sahaja dan mengikut arahan dari kkm yang menghubungi saya, saya perlu menunggu panggilan dari kkm di kawasan saya sekarang untuk melakukan swab test.
Sehingga kini tiada panggilan yang diterima.adakah saya perlu melakukan swab test dan bagaimana pula dengan kos swab test yang bakal saya ambil?
Adakah ditanggung oleh kerajaan?
Mohon pencerahan.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengecualian bayaran saringan COVID-19 untuk tiga kategori sahaja, iaitu, orang kelainan upaya (OKU), pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi, dan pelajar Malaysia pulang dari luar negara pertama kali. Saya nasihatkan anda untuk menghubungi pihak KKM kembali untuk menanyakan status kesihatan anda.
Menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk bertanya tentang langkah seterusnya mengenai persoalan anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































