
Sulit
4 tahun
Kontraksi Kehamilan Palsu atau sebenar pada 38 minggu
Saya sekarang masuk 38 minggu 1 hari. Saya agak keliru dengan sakit seakan kontraksi, tapi hanya berlaku di sebelah bahagian sahaja. Sakit dari pinggang sebelah kiri bawa ke bahagian depan perut. Tapi pinggang sebelah kanan tiada rasa sakit langsung. Ianya seakan kontraksi berlangsung selama lebih kurang 2 jam ke 3 jam. Dan memang rasa kedudukan baby berat di sebelah kiri. Perlu ke saya ke hospital ataupun ianya juga sejenis brikton hicks?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kontraksi Braxton hicks
- Tanda-tanda bersalin awal (gejala berkaitan bilangan kontraksi dan tahap kontraksi, sakit belakang dan sakit kaki, pecah air ketumban)
- Masalah anggota di bahagian bawah perut kanan; radang appendiks, penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease), masalah ovari (Ovarian cyst)
Tanda-tand bahawa seseorang itu akan beranak adalah seperti berikut:
- Pecah air ketuban
- Kontraksi yang sekata
- Pendarahan kecil
Antara tanda-tanda kontraksi besalin palsu (Braxton Hicks contraction)
- kurang daripada lapan kali dalam masa satu jam atau empat kali setiap dua puluh minit.
- tidak teratur dan tidak sakit
- tidak disertai dengan pendarahan atau keputihan dari faraj
- akan hilang dengan berehat
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.