
Sulit
5 tahun
Koronavirus pada permukaan
Untuk buat saringan mestila ada close contact dgn pesakit yg positif atau ada pergi luar negara, kalau takde dua benda tu tak boleh buat saringan. Bagaimana kalau kita berjangkit bila kita sentuh permukaan yg ada virus tu mcm tombol pintu dan lain lain tanpa kita tahu?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, virus COVID-19 adalah virus yang baru ditemui dan kit ujian untuk pesakit adalah terhad. Rawatannya adalah simptomatik dimana doktor hanya akan merawat gejala kerana ubat untuk membunuh virus tersebut masih belum dijumpai. Maka, doktor hanya akan merawat pesakit yang mempunyai gejala. Jika semua orang merasakan dirinya dijangkiti hanya dengan memegang tombol pintu atau tempat pemegang di dalam kereta api, maka semua orang dalam dunia perlu untuk melakukan pemeriksaan dan menjalani ujian tersebut dimana ianya adalah mustahil untuk dilakukan kerana ianya memerlukan belanjawan kos yang tinggi serta memerlukan penambahan staf kesihatan berpuluh malah beratus kali ganda.
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini