
Sulit
5 tahun
Kos Perubatan Ketuat Dubur
Sy lelaki ada ketuat dubur. Ingin tahu kos rawatan untuk menghilangkannya.Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ketuat merupakan salah satu ketumbuhan. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan HPV atau human papilloma virus.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Ketuat yang kecil biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Ubatan sapu ketuat merupakan salah satu cara yang paling popular untuk membuang ketuat dan ia boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat. Ubatan yang mengandungi salicylic acid adalah ubat yang paling popular untuk ketuat. Ubatan sapu harus digunakan setiap hari sehingga 12 minggu untuk membuang ketuat dengan berkesan. Ubat sapu ini tidak boleh digunakan pada bahagian muka.
Jika ketuat adalah lebih besar atau banyak, maka cara lain seperti cryotherapy atau laser boleh digunakan untuk membuang ketuat. Kos rawatan bagi ketuat bergantung kepada jenis rawatan dan juga tempat anda mendapatkan rawatan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.