
sncily94
5 tahun
Kram perut dan spotting
saya wanita berumur 25 tahun dan sudah berkahwin. baru-baru ini selepas habis tempoh haid saya, saya sering mengalami kram di bawah perut dan sangat terasa terutama ketika sedang duduk setelah melakukan kerja mengemas rumah…ketika bangun tidur pulak tekadang tangan atau kaki saya terasa kebas…manakala saat memakai pakaian dalam yang ketat pula terasa sakit pada bahagian dada dan berdenyut dia area buah dada.untuk pengetahuan doc,haid saya setiap bulan dtg namun tidak begitu tetap…dan pada bulan ini saya cuma mengalami haid berupa spotting sahaja selama 4-5hari…saya juga sering merasa pening,kuat buang angin,selera makan berkurang dan selalu didatangi ruam gatal2 pada badan,kaki dan tangan…Apakah gejala yang saya rasakan ini ada kaitan dengan penyakit serius?mohon penjelasan…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ‘spotting’ adalah normal sewaktu haid. Jumlah darah yang keluar berbeza antara satu individu ke individu yang lain. Apabila usia meningkat, darah yang keluar turut berkurang.
Penggunaan pad yang normal sewaktu haid adalah antara 2-5 pad setiap hari. Gejala-gejala seperti kebas setelah bangun tidur memerlukan konsultasi lanjut bagi memudahkan doktor membuat kesimpulan.
Bagi sakit apabila memakai pakaian dalam yang ketat adalah sesuatu yang dijangka. Anda perlu memilih saiz yang sesuai iaitu tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Anda boleh melakukan pembacaan lebih berkenaan hal ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.