
Sulit
4 tahun
Krem perut , ada lendir darah 2 Hari, sudah 21 Hari makan muntah
Selamat sejahtera doktor.sy 30 wanita 30an berat Turun 6 kg.ada Turun lendir darah 2 Hari…secalit je…sudah 21 Hari makan muntah…sekarang perut pulak rasa tegang Dan krem di bahagian bawah perut…ada juga la cek upt…tapi konfius 1 line atau 2 line…mcm kabur…mcm xda line…was2…period bulan lepas 6/4…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Memandangkan anda mengalami gejala seperti sakit perut, muntah, justeru, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor. Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.