
Sulit
4 tahun
Krim steroid untuk ibu menyusu
Hi doc. Saya nak tanya, boleh ke pakai krim beprogent untuk ibu menyusu? Ada kesan tak pada bayi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, krim steroid adalah selamat digunakan semasa tempoh penyusuan anak. Namun begitu, kami sarankan anda untuk merujuk kepada doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu kerana maklumat lanjut berkenaan status kesihatan anda dan juga tujuan anda perlu diketahui supaya doktor atau pegawai farmasi dapat memutuskan sama ada penggunaan sebarang ubat adalah selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.