
Sulit
5 tahun
Kuarantin atau tidak
saya merancang untuk melancong ke luar negara dalam masa terdekat untuk beberapa hari, tetapi bukan di negara punca wabak… adakah bila saya kembali ke Malaysia saya akan dikenakan kuarantin selama 2 minggu walaupun tidak ada simptom covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan anda. Menjawab pertanyaan anda, kuarantin selama 14 hari wajib dijalankan oleh pengunjung ke negara-negara berikut:
- China termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan
- Jepun
- Korea
- Italy
- Iran
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut semasa melancong:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini