
Sulit
5 tahun
Kuarantin COVID-19 jika pekerja di office disahkan positif
Syarikat saya mempunyai dua bangunan yang berbeza (bangunan A dan B). Jika seseorang dari bangunan A disahkan covid-19, saya difahamkan seluruh bangunan A perlu ditutup untuk diinfeksi dan pekerja yang lain mesti melakukan saringan COVID-19. Bagaimana pula dengan dengan pekerja bangunan B, adakah mereka perlu melalui proses yang sama dengan pekerja bangunan A? Atau boleh beroperasi seperti biasa?
Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Oleh kerana tiada kes positif dalam bangunan B, maka mereka tidak perlu melalui proses yang sama seperti pekerja dalam bangunan A. Walaubagaimanapun, majikan boleh sahaja mengambil langkah untuk disinfeksi bangunan B juga sekiranya ingin lebih berjaga-jaga.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini