
Sulit
5 tahun
Kuarantin covid saringan kedua
Suami telah hadir saringan kedua covid.
Adakah ahli kluarga juga masih perlu PKP atau boleh ke tmpt kerja?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kuarantin perlu dilakukan sekiranya anda mempunyai gejala atau simptom dan sekiranya ada ahli keluarga atau kontak rapat yang disahkan positif COVID-19. Jika masih belum dapatkan keputusan ujian COVID-19, anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dan anda tidak mempunyai apa-apa simptom, anda boleh hadir ke tempat kerja.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini