
Sulit
4 tahun
Kudis dan kaki hitam nak makan vitamin c rosehip
Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya. Saya ni golongan darah O. kaki saya berkudis, mungkin keturunan. Setiap kali gatal je,sye garu terus jd kudis. Bila dah tanggal, terus tinggalkan bekas hitam. Sekarang kaki saya tgn saya, banyak kesan hitam. Dan saya ingin mencuba vitamin C rosehip. Boleh beri saya pandangan tentang vitamin ni ke? sesuai atau tak dengan saya dalam menghilangkan kesan hitam di kaki saya ni? Untuk memudahkan, sebenarnya nak tanya yang vitamin c ni sesuai ke dengan golongan darah O? terima kasih. Harap dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, vitamin C ialah supplemen yang memiliki fungsi seperti berikut:
- membantu penghasilan protein dalam badan
- membantu membaiki sel-sel rosak pada badan
- membantu menghasilkan sistem imun badan melawan kuman
Ia tidak secara lansung membantu menyembuhkan masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, tiada masalah bagi seseorang yang memiliki darah O untuk mengambil vitamin ini. Namun, ia haruslah pada kadar yang ditetapkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.