
fazrilkasfahmi
4 tahun
Kudis membengkak dan lebam hitam setelah digigit nyamuk
Ibu saya berumur 56thn baru2 ini pernah digigit nyamuk dan menjadi gatal dikaki. Kelama-lamaan, bekas gigitan menjadi teruk sehinggakan meruam dan menjadi kudis bintik2 besar. Selepas sapu krim, dah mula kering tapi 2-3 hari ini menjadi parah. Kawasan berkudis menjadi lebam hitam dan ada daripada kudis tu menjadi berlubang-lubang. Sekarang ada ruam2 merah pekat merebak seluruh kaki dibawah eperdemis kulit dan menjadi gatal dan mula timbul bintik2.
Adakah ia disebabkan jangkitan pada darah atau masih lagi dilapisan luar kulit? Menurut pendapat Doktor, apakah saya perlu ke klinik kesihatan am biasa dahulu atau terus rujuk di klinik pakar kulit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi ibu anda boleh dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan, antaranya
- gangguan vaskular
- reaksi dari ubat-ubatan
- komplikasi dari trauma kulit yang kronik
- atau gangguan kulit yang sangat memerlukan rawatan segera
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.