Sulit
6 tahun
Kulat di bahagian badan dan kaki
Hi doctor . Saya wanita berumur 20 tahun , saya ingin bertanya . Macam mana nak mengatasi penyakit kulat di badan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti tentang ciri-ciri jangkitan yang anda nyatakan. Kami perlu memstikan jangkitan atau masalah yang anda alami sebenarnya adalah benar-benar jangkitan kulat atau masalah lain.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































