
msnoranitamokhraji
5 tahun
Kuli kepala gatal n berkudis
assalamualaikum… sya berumur 44 tahun… kebelakangan ini seluruh kulit kepala gatal… lama2 ia menjadi kudis… bagaimana merawatnya?
Lagi satu… kulit badan kdg timbul sendiri kemerahan mcm kena gigit nyamuk n gatal… tp mmg tiada nyamuk… minta tlg nasihatnya doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, bintik merah di kepala dapat timbul disebabkan beberapa perkara, seperti:
- dermatitis seboroik
- psoriasis
- folikulitis
- jerawat
- jangkitan kulat
Sebaiknya anda kenalpasti sekiranya terdapat tempat lain di tubuh yang tumbuh bintik merah ini dan merujuk doktor agar diberikan perawatan yang tepat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.