
Sulit
4 tahun
Kulit bersisik dan gatal
Apakah perbezaan antara dermatitis dan eczema? Saya keliru sebab ada doktor cakap dermatitis ada doktor cakap eczema. Adakah ia sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ungkapan eczema dan dermatitis, kedua-duanya merujuk kepada keradangan kulit. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara penyebab kulit gatal adalah:
- Alahan ubat, makanan atau material baju
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kulat
- Contact dematitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.