
Sulit
3 tahun
Kulit bersisik dibahagian badan
SAYA WANITA BERUMUR 20 TAHUN, SAYA MEMPUNYAI MASALAH KULIT BERSISIK DARI REMAJA. BERMULA DARI BAHAGIAN BETIS DAN SEKARANG SUDAH NAIK HINGGA KE PEHA DAN BELAKANG BADAN. IANYA GATAL DAN KERING. BOLEH BANTU SAYA ???
TERIMA KASIH

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kulit anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang menghadapi masalah kulit yang bersisik sejak remaja yang bermula daripada bahagian betis. Kami akan cuba menerangkan keadaan kesihatan anda dengan baik.
Untuk makluman, masalah kulit bersisik boleh dianggap sebagai sesuatu yang sering terjadi sekiranya keadaan kulit anda berada dalam kondisi yang kering, kesejukan atau sedang mengalami proses penuaan. Namun begitu, simptom ini juga boleh berlaku sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan kulit seperti berikut:
- Alergi
- Dermatitis
- Ring worm
- Ekzema
- Psoriasis
- Ichthyosis Vulgaris
- Hypothyroidism
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor agar masalah kesihatan kulit anda dapat dibendung dengan selamat.
Saya berharap kenyataan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenai masalah kulit yang sedang diahadapi. Sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kulit kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!