
Anonymous
5 tahun
Kulit bertompok gatal
Saya Danial… Keblakangan ni… Sy rasa ada tompok tompok di badan… Bila pegang dia rasa kasar. Bila digaru dia jdi cm kulit kering.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang mungkin menyebabkan kulit bertompok kering dan gatal, antaranya yang lebih biasa ditemui adalah
- Pityriasis alba
- Punca penyakit ini masih tidak dapat dikesan
- Biasanya boleh dilihat di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kulit yang kering
- Panau ( Pityriasis versicolor )
- Sebabnya tidak diketahui
- Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat pityrosporum orbicular secara berlebihan
- Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak
- Jangkitan ini mudah berulang semula
- Kulit kering
- Ekzema/dermatitis atopik
- Alahan
- Hives (keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin)
Selain daripada punca di atas, terdapat juga sebab-sebab lain berlakunya tompok-toompok pada badan. Untuk mengetahui punca yang menyebabkan masalah kulit anda, maklumat yang selanjutnya masih diperlukan. Oleh itu, anda adalah disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kami secara peribadi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.