
Sulit
4 tahun
Kulit cendawan Kepala zakar melecet ngilu
Hi,saya lelaki…berusia 27 tahun.
Saya setiap hari onani dengan kain pelekat.,.
Tiba2 apabila kerap melakukannya,kulit Kepala zakar berbentuk cendawan itu makin menipis Dan terhakis akibat gosokan dengan kain pada permukaan kulit Kepala zakar sehingga menyebabkan bahagian semua kulit Kepala zakar menjadi ngilu sensitif sakit skali apabila ingin berjalan kerana zakar akan terlanggar dengan seluar dalam jadi mengakibatkan geseran berlaku…
Jadi zakar saya jd sakit ngilu kuat sangat pada bahagian depan kepala zakar muncung saluran kencing itu menjadi terhakis akibat gosokan sehingga melecet…
Jadi doctor,adakah rasa ngilu akan kembali hilang Dan kulit akan tumbuh kuat kembali untuk tidak merasa ngilu semula?
Saya tak boleh berjalan kasar-kasar atau laju,akan sakit sensitif ngilu pada semua bahagian kulit cendawan Kepala zakar…
Apakah rawatannya atau biarkan saja ? Kulit akan pulih kembali ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan kepada zakar akibat geseran yang terlalu kuat
- Cara onani yang salah
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada permukaan kulit
- Jangkitan kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Buat masa ini saranan kami adalah:
- Berjumpa dengan doktor untuk rawatan dan pemeriksaan.
- Menggunakan seluar dalam yang tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan zakar
- Elakkan dari beronani buat sementara waktu
- Elakkan dari beronani menggunakan fabrik yang kasar atau beronani dengan kasar
- Gunakan pelincir sekiranya anda melakukan onani
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.