
Sulit
4 tahun
Kulit di jari kasar dan mengelupas
Umur saya dalam 63 tahun, dan jari saya baru baru ni ada mengelupas dan mengeras. tapi bila gunting macam lebihan isi tu masih tumbuh semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kulit menggelupas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan kondisi yang anda alami tanpa pemeriksaan secara fizikal. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan sebenar.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Kulit kering
- Alahan kepada produk mandian
- Alahan kepada sebarang jenis produk kimia/ tumbuhan
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit yang kronik
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.