
Sulit
5 tahun
Kulit Gatal & Bau Miss V
Hye. Saya nampak jawapan awak mengenai Kulit Menggelupas dan Kegatalan Vagina. Kalau gatal di luar kulit sahaja disebabkan ruam kerana memakai pad, keputihan atau berpeluh macam mana ya? Lepas tu garu. Kulit menjadi kering dan menggelupas teruk.
Kalau kencing tak rasa sakit di bahagian dalam badan. Rasa sakit di luar kulit kerana garu sehingga menyebabkan kulit menggelupas.
Kalau ada masalah bau vagina ada cara penyelesaian tak? Sebab bau ni kadang-kadang je ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal pada bahagian tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan pada bahan pencuci
- Jangkitan kuit
- jangkitan kelamin seperti gonorrhea, chlamydia
Untul makluman anda, pemeriksaan lanjut diperlukan kerana faraj yang sihat tidak memiliki bau dan sebarang gejala seperti kegatalan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.