Sulit
5 tahun
Kulit gatal dan kering
saya wanita berusia 18 tahun saya merasa gatal dan kulit menjadi di bahagian dada sejak 2 hari lepas.saya garu bahagian yang gatal dan kering dan ia menyebabkan bahagian dada saya luka dan menjadi pedih …bagaimana cara untuk menghilangkan kegatalan dan kulit kering pada bahagian dada?
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit gatal. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gatal pada kulit. Antaranya ialah:
- kulit kering
- alahan/alergik
- eczema
- hives
- sebab lain: Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
Pilihan rawatan bergantung kepada punca gatal-gatal. Bagi orang-orang yang mengalami kulit kering, pelembap yang baik mungkin diperlukan.
- Ekzema, dermatitis, atau “hives”:
Penyakit-penyakit ini dan keadaan kulit yang lain mungkin disyorkan untuk mengguna krim kortikosteroid oleh pakar kulit. Ia boleh digunakan pada kulit untuk membantu menghilangkan gatal-gatal. “Topical calcineurin inhibitors” dan antihistamin juga boleh membantu melegakan gatal-gatal. - Alergi:
Antihistamin adalah ubat anti-alahan yang biasa digunakan. Contoh yang ada termasuklah Zyrtec, Claritin, dan Benadryl.
Untuk ubat-ubatan, sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor dahulu berdasarkan evaluasi terhadap keadaan kulit anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih


































