
Sulit
3 tahun
Kulit gatal dan mengelupas
Hi, saya wanita berusia 23 tahun. Saya mengalami masalah gatal gatal serta kulit mengelupas setiap kali jari saya terkena sabun. Hal ini cuma terjadi pada salah satu jari di sebelah kanan saya iaiti jari tengah. Pada awalnya saya mengesyaki saya mempunyai alahan terhadap sesetengah jenama sabun pencuci pinggan tapi makin hari makin teruk. Kini perkara ini terjadi setiap kali jari saya terkena pelbagai jenis dan jenama sabun termasuk sabun mandi, shampu rambut serta sabun pencuci muka. Saya ada mengambil inisiatif dengan memakai sarung tangan getah setiap kali saya ingin mencuci pinggan, tetapi ia tidak berkesan malah menjadi semakin gatal. Pelbagai krim sapu yang telah saya beli dari farmasi tapi tidak berhasil. Boleh dr bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami bahawa anda memiliki masalah kulit gatal dan mengelupas pada jari tangan sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian boleh berlaku disebabkan oleh beberapa penjelasan,antaranya:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan, sabun
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara serius, seperti:
- Gangguan reumatoid atau gout
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.