
Sulit
3 tahun
Kulit gatal dan pedih dan cara untuk menghilangkannya
Saya lelaki berumur 18,kulit di celah kelangkang saya menjadi putih dan mula pedih dan gatal sejak 3 minggu lalu,pada mulanya saya mempunyai masalah ini dibelakang lutut saya disebelah kanan,dan bila sudah sembuh,ia mula gatal dicelah kelangkang kiri dan kanan boleh tolong saya doktor,saya nak tidur malam pun susah sebab gatal sangat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit gatal dan pedih. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat pitiriasis versikolor
- Ptyriasis alba (apabila kulit bereaksi terhadap cahaya matahari atau alergen lain)
- Vitiligo
- gangguan akibat kulit berpeluh
Memandangkan terdapat risiko jangkitan, sebaiknya anda merujuk doktor untuk mendapatkan perawatan. Untuk mengetahui cara mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
SIla klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan yang anda perlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!