
yaniaida27
5 tahun
Kulit gatal gatal dibahagian kaki
Saya wanita 24 tahun, I wanna ask for my skin on my feet gatal sangat, jika digaruk rasa pedih sangat. Dia punya macam kena gigit nyamuk. Saya sudah letak gel, hilang gatal Lepas Tu 2/3 days gatal come back again. When wanna sleep I always clean my feet with antiseptic liquid also. But still feel not good . Please answer me.Thankyou

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.