
Sulit
3 tahun
Kulit gatal kemerahan dan berair
sy mengalami kegatalan di kaki. bila garu jadi kemerahan dan semakin besar ada gelembung air.kudis ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
alam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. masalah seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh :
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Terdapat beberapa ubat seperti krim dan ubat pil yang boleh mengurangkan dan merawat masalah yang anda hadapi tetapi punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.