
Sulit
3 tahun
Kulit gatal x henti2 sampai cuaca panas pun gatal sgt
Hi,Salam… kulit sy ni gatal2 Tak henti2 ,Tak tahu punca ape.dah sapu krim pun gatal sampai Ade parut merah x hilang…adakah dalaman panas Sgt jd gatal ke,skrg gatal sgt kulit garu2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan mengenai kulit gatal secara berterusan yang dialami oleh anda. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada kulit
- Penggunaan bahan yang tidak sesuai dengan kulit
- Penggunaan pakaian dalam yang terlalu ketat
- Penggunaan pakaian dalam yang bukan breathable undergarments
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.