
Sulit
4 tahun
Kulit jadi bengkak macam terkena tahi ulat bila digaru
Saya wanita umur 20 tahun. Saya ada masalah kulit yang sgt kering . Memang sangat kering. Tapak tgn saya juga sgt kasar dan kering. Kulit kaki saya juga sangat kering. Alabila saya menggaru di anggota badan saya contohnya di kaki atau tgn, kulit saya akan menjadi berbedam . Bengkak dan nmpk seperti terkena tahi ulat. Kulit saya sgt2 sentitif. Kalau tergaru ke atau terguris dgn bende tajam atau tercalar mmg dia akan jadi berbedam. Adakah saya ada penyakit? Jika ya apa penyakit saya ini yer? Apa cara untuk menyembuhkan kulit saya yer? Saya rasa sangat insecure dgn kulit kering saya ni, saya tidak pernah berjumpa doktor dan tanya psl kuliit saya ni. Harap pihak soalan saya terjwb. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kering beserta kegatalan boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Dermatitis alahan - kulit anda mungkin alah pada jenis pakaian, sabun atau matahari
- Ekzema
- Psoriasis
- Hipotiroid
Antara langkah yang boleh diambil anda ialah dengan menyapu losyen, kerap minum air, kurangkan pendedahan kepada matahari serta sabun pada tangan serta pengambilan vitamin C. Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.