Sulit
4 tahun
Kulit kaki gatal bertompok
Saya berumur 40-an. Ada patches di atas bahagian permukaan atas kaki sehingga bahagian betis bawah yang gatal dan berkeruping yg nipis.Ianya juga kadangkala timbul bintik berair dan gatal. Telah mencuba fobancort dan candid-B, menjadi tidak gatal beberapa ketika dan kemudiannya akan mengalami kegatalan semula.Kulit agak kering sekiranya tiada bintik berair.Memakai socks apabila pergi bekerja. Adakah sebab socks?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































