
Sulit
5 tahun
Kulit kaki saya yang bermasalah ni agak tebal,kemerahan dan gatal2
Saya wanita berusia 34tahun n ingin meminta nasihat dri doktor berkenaan masalah kulit kaki saya yang gatal2,kemerahan n agak tebal sedikit…apakah ubat sapu atau ubat jenis yang boleh di makan untuk menghilangkan masalah kulit saya ni…lagi satu saya mmg allergy terhadap makanan laut…namun saya jarang makan makanan laut,mgkn dlm 3@4bulan sekali sahaja saya akan makan makanan laut.namun masalah kulit saya ni tidak jgk hilang n kulit kaki saya menjadi agak kering n selalu rasa gatal2…mohon nasihat dari doktor2 pakar…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas seperti bahagian kaki yang mana, riwayat penyakit, riwayat keluarga serta pekerjaan harian anda. Untuk makluman anda, keluhan yang anda alami secara umumnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Corn and calluses
- Kulit kering
- Kencing manis
- Jangkitan kulit atau kulat
- Dermatitis
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Secara amnya, disamping mengubati, anda juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kaki anda dengan mengamalkan pedicure yang benar. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.