Anonymous
4 tahun
Kulit Kelamin atau Ketuat
Asslamulaikum doktor… sye berumur 25tahun lelaki… sye ada masalah kulit di kemaluan sye ketuat atau kutil kelamin sudah 1tahun kerana sibuk kn kerja sye blum dpatkn rawatan… kutil atau ketuat dibahagian batang kemaluan sye bagaimana sye nk menghilangkan kutil dan ketuat ni sye tidak selesa dan merasa takut nak melakukan hubungan intam bersama isteri…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara kaedah-kaedah rawatan ketuat pada alat kelamin adalah seperti:
- Krim sapuan - seperti imiquimod, podophylin
- Rawatan kriyo-terapi - rawatan pembekuan ketuat
- Mikro-surgeri
Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu berbincang dengan doktor anda kaedah rawatan yang bersesuaian. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.