
Sulit
4 tahun
Kulit Kepala Berjerawat dan Gatal
Kulit kepala saya biji2 merah seakan jerawat batu keras. sesetengah bila dipicit akan pecah dan mengeluarkan air. Kalau dibiarkan ia akan kering dan berkuping,tetapi akan muncul kembali . Keadaan berlarutan sembuh naik sembuh naik. Keadaan menyebabkan rambut gugur. Untuk info sy tidak ada masalah kelumumur langsung.
Sy sertakan gambar kulit kepala di link ini https://imgur.com/udCG2Xc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kegatalan kulit yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan fungal (tinea capitis)
jangkitan kuman atau bakteria pada kulit kepala
kelemumur yang berlebihan
Buat masa sekarang, saya nasihatkan anda
- elakkan menggaru bahagian gatal untuk elakkan pendarahan dan jangkitan
- jaga kebersihan kulit dan bahagian kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seterusnya mendapatkan rawatan pihak kami, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.