
Sulit
5 tahun
Kulit kepala pedih dan sakit
doktor saya berumur 26 tahun, sy mengalami sakit kulit kepala dan pedih serta rambut gugur… adakah ia jenis sakit kulit atau masalah lain.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pedih kulit kepala dan rambut gugur boleh disebabkan oleh:
- Psoriasis kulit kepala
- Masalah kelemumur (seborrheic dermatitis)
- Folliculitis kulit kepala (jangkitan pada akar rambut)
- Alahan
- Stress
- Burning scalp syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.