
nornabilahzaini
4 tahun
Kulit kepala sering gatal
saya wanita 20an menetap di KL. saya ingin bertanya mengenai kegatalan yang sering berlaku di kepala. setiap minit saya asik mengaru sahaja kepala saya. nak kata saya mempunya kutu tidak ada sekali. tetapi sy kerap menggarunya. sy juga mengalami rambut yang gugur juga. apakah yang perlu saya lakukan dan shampoo apakah yg sesuai utk saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kepala gatal yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan pada produk shampu, kain atau debu
- Kulit kepala terlalu kering
- Jangkitan kulat seperti tinea corporis
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.