
Sulit
3 tahun
Kulit Kepala zakar kering
Saya lelaki 24 tahun.
Kukit kepala zakar saya mengalami kering dan selepas menegang atau ereksi pada waktu pagi…saya melihat dia sedikit kering dan ada luka akibat kulit kering. Boleh nasihatkan saya tak? Sebab saya tak ada gatal2…saya ada membaca ia berkenaan dengan sabun…dan keadaan sekarang ia kering dan luka dan agak sakit apabila mengalami ereksi akibat dari luka…ada tak krim atau ubat untuk disapu selain sabun?
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kesan alahan pada sabun atau pakaian
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan
Selain itu, vaseline adalah sapuan pelembap, boleh diguna untuk mengurangkan gejala anda.
Anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.