Sulit
6 tahun
Kulit kering dan berasa panas
Saya perempuan berusia 19 tahun. Saya menghadapi masalah kulit kering yang agak teruk. Macam mana saya nak lembapkan balik kulit tu. Sbb ia buat saya tak selesa. Selain itu, sy juga mghadapi masalah iaitu kerap minum air. Em, bila saya tak minum air, tapak tangan saya jd kering sangat dan berasa panas seperti org demam. Yang peliknya, panas tu rasa dkt tapak tgn dan tapak kaki je. Lepas je minum air sejuk. Keadaan ok balik. Tapi, kalau minum air yang suhu biasa tu , xde kesan. Still panas. Sy minum air smpai 6 7 liter satu hari
dan buang air setiap 2 jam. pastu tak tahan panas dan tak tahan sejuk. Ada satu keadaan bila saya terasa panas, tapi tak dapat air sejuk. Saya rasa berdebar2. Hm . Adakah keadaan yg saya alami ini berkaitan dgn simpton2 penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon tiroid (Hipertiroidisme)
- masalah kecing manis (jenis 1)
- penggunaan produk pencuci yang tidak bersesuaian
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































