
Sulit
5 tahun
Kulit kering dan gatal
Saya seorang pelajar perempuan berumur 20’an. Saya mengalami kegatalan pada bahagia kemaluan. Saya telah menghadiri kem askar untuk 4 hari… kami tinggal di kawasan hutan dan tiada kemudahan yg sepatutnya untuk mandi atau tandas… sejak balik dari kem itu saya rasa gatal yang amat sangat… kulit sekeliling bahagian kemaluan menjadi kering dan kasar…saya sudah cuba krim dari farmasi tetapi masih tak elok lagi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat akibat keadaan yang basah dan panas
- Alahan terhadap material pakaian
- Masalah kulit kering
- Jangkitan sekunder akibat daripada masalah kulit kering
Rawatan over-the-kaunter atau ubat beli sendiri tidak efektif jika punca masalah kulit anda tidak dikenalpasti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.