
Anonymous
5 tahun
Kulit Kering Dan Tapak Tangan Kasar
Saya wanita berumur 19 tahun dan saya mengalami masalah kulit yang sangat kering. Saya dari kecil lagi mengalami masalah kulit kering sehingga kan kulit saya bersisik berwarna putih seperti sisik ikan. Serta kulit saya menjadi sangat gatal. Dari kecik lagi saya terpaksa menggunakan ubat untuk meredakan kegatalan saya. Sehingga kan berdarah dan meninggalkan parut. Saya sangat sedih dan malu dengan keadaan diri saya. Saya menggunakan ubat sapu ‘ecocort’ yg dibeli dari farmasi. Dari kecil sehingga sekarang saya terpaksa bergantung kepada ubat itu. Sebenarnya apa penyakit saya? Adakah disebabkan kulit kering sahaja? Saya pasti saya sebenarnya ada penyakit. Doktor, saya juga mempunyai tapak tangan yang sangat sangat sangat kasar! Berbeza kasarnya daripada orang lain. Kasar yang sangat kasar. Seperti orang yang bekerja buruh atau lebih teruk lagi kekasaran tangan saya. Saya sangat malu dengan diri saya. Saya malu apabila hendak bersalam dengan orang. Tolong saya doktor …,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kering beserta kegatalan boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - disebabkan anda menggunakan ubat “Ecocort” untuk merawat gejala ini, mungkin jangkitan kulat adalah penyebabnya
- Dermatitis alahan - kulit anda mungkin alah pada jenis pakaian, sabun atau matahari
- Penyakit kulit - seperti ekzema atau psoriasis
- Hipo-tiroid
- Akromegali
Antara langkah yang boleh diambil anda ialah dengan menyapu losyen, kerap minum air, kurangkan pendedahan kepada matahari serta sabun pada tangan serta pengambilan vitamin C. Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.