
Sulit
3 tahun
Kulit Kering & Gatal
Hi doktor. saya wanita umur 20an. Kulit saya kering dan gatal. Cuma di bahagian muka sahaja, dan ada di satu tempat bahagian muka dia kering sehingga bila garu kulit tu macam kelemumur (tepi pipi). Dah bertahun saya alami ini. Tapi tak teruk mana, cumanya saya risau sebab tak sembuh. Doktor boleh sarankan mana2 ubat atau krim yang boleh didapati di farmasi? Terima kasih doktor. May god bless you…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah kulit kering anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kulit kering dan gatal boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Cuaca dan persekitaran. Masalah kulit kering sering terjadi pada cuaca sejuk dan kelembapan yang kurang iaitu ketik musim salju. Namun, musim ini tidaklah memainkan peranan penting asalkan persekitaran tempat anda berada memiliki kelembapan yang rendah seperti dalam ruangan yang mengunakan pendingin hawa.
- Tabiat mandi. Mandi dengan kerap juga bole mengakibatkan kulit seseorang kering terutamnya ketika mandi dengan mengunakan air panas. Hal ini kerana, ketika mandi minyak semulajadi yang terhasil oleh kulit akan turut terhakis. Hal ini juga boleh terjadi jika seseorang itu mandi dalam kolam yang kadar klorinnya tinggi.
- Penggunaan detergen ataupun sabun keras. Seperti yang ramai ketahui, sabun berpotensi untuk menyingkirkan kekotoran pada badan termasuklah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit. Hal ini menyebabkan minyak alami yang sepatutnya melindungi lapisan luar kulit juga terhakis dan kondisi inilah yang mengundang kepada masalah kulit kering.
- Perbuatan menggosok kulit. Perbuatan menggosok kulit boleh menyebabkan trauma dan fenomena inilah yang mengundang kepada masalah kulit kering. Kondisi ini lebih mudah berlaku jika seseoran menggosok kulit mereka mengunakan batu ataupun alatan yang memiliki permukaan yang kasar.
Masalah ini juga boleh juga disebabkan beberapa isu kesihatan dan rawatan yang sesuai adalah penting bagi menangai masalah ini dari akar umbi.
- Keradangan kulit disebabkan kontak (Contact Dermatitis). Keradangan diseababkan kontak ini boleh terbahagi kepada dua iaitu disebabkan iritasi ataupun alahan. Secara dasarnya, kondisi ini berlaku setelah seseorang menyentuh sesuatu dan hal ini menyebabkan berlakunya keradanagan pada tempat sentuhan. Iritasi berlaku disebabkan bahan kimia seperti bahan pemutih. Alahan pula apabila kulit bersentuhan dengan bahan yang boleh merangsang alahan seperti besi.
- Keradangan kulit seborea (Seborrheic Dermatitis). Kondisi ini berlaku apabila minyak dihasilkan terlalu banyak dan hal ini menyebabkan kulat tumbuh pada kulit seseorang. Kondisi inilah yang mengundang kepada keradangan dan ia sering terjadi pada bahagian hidung, kening dan dada.
- Masalah ekzsema. Kondisi ini juga dikenali sebagai atopic dermatitis dan kondisi ini slalunya berkait rapat dengan alahan seperti masalah asma. Selain itu, kondisi perubatan lain juga boleh menyebabkan masalah kulit kering contohnya Psoriasis.
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.