Sulit
5 tahun
Kulit luar kemaluan isteri ada tanda putih seperti kulat
Salam doctor…saya bertanya bagi pihak isteri saya.isteri saya berumur 38 tahun dan sudah mempuanyai anak 4 orang.masalah isteri saya,dibibir kemalauan isteri terdapat tanda putih didinding kulit kemaluannya…berwarna putih seolah putih kulat/panau…macam mana untuk merawatnya doktor?saya perasan semasa tidur isteri mengaru-garu di alat sulitnya…pada waktu siang tidak gatal.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang isteri anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jerawat biasa
- Penyakit kelamin
- Jangkitan kuman
- Komplikasi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































