
Sulit
4 tahun
Kulit luka bernanah dan sensitif ,kt badan dia naik jerawat n bintik ii bernanah teruk n tk hilang
Kulit saya bernanah d jari dh 4bulan ,smpai skrg tk sembuh ii ,lps hilang dia naik balik nanah ,saya just pakai minyak tyt sahaja dgn air suam

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan luka anda tidak dapat sembuh dengan sepenuhnya, iaitu:
- Jangkitan bakteria di bahagian luka
- Pengaliran darah yang teruk
- Tidak mencukupi nutrisi
- Kecederaan yang berulang kali
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dengan anda dan dapatkan rawatan yang lebih tepat untuk luka anda. Pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan untuk melihat keadaan luka anda sebelum memberikan apa-apa kesimpulan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.